
Gambar Bersuara dalam Perawatan Kesihatan
Berhubung melalui Fotografi
Memahami dan berhubung dengan populasi pesakit – apakah yang membuatkan mereka gembira dan sedih, keutamaan dan cabaran mereka – dapat membantu pakar perubatan memberikan perawatan yang lebih baik. Tujuan projek ini adalah untuk menghubungkan pesakit, pakar perubatan dan komuniti melalui teknik Gambar Bersuara bagi membantu pakar perubatan memberi perawatan berkaitan HIV yang lebih baik kepada pesakit. Gambar Bersuara adalah teknik penyertaan di mana individu akan menjawab beberapa soalan melalui gambar dan penerangan pendek.
Di dalam Portal Peserta, individu yang mewakili pelbagai populasi pesakit mempelajari petua fotografi dari jurugambar professional. Kemudian, mereka akan menjawab beberapa siri soalan melalui gambar dan penerangan pendek. Sebagai contoh, mereka ditanya apakah yang membuatkan mereka gembira, apakah cabaran yang mereka hadapi, dan apakah yang mereka mahukan doktor tahu mengenainya. Pasukan kami kemudiannya akan menukarkan hasil kerja mereka menjadi video pendek, atau pembentangan Gambar Bersuara. Pembentangan Gambar Bersuara pesakit ini akan dikongsikan bersama dengan pakar perubatan dan ahli komuniti.
Di dalam Portal Pakar Perubatan, pakar perubatan yang berlatih untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan berkaitan HIV dapat melihat pembentangan Gambar Bersuara yang dibuat oleh peserta.
Di dalam Portal Komuniti, ahli masyarakat dapat mengakses pembentangan Gambar Bersuara yang dibuat oleh peserta untuk digunakan sebagai sumber bagi membantu mereka dalam perjuangan untuk mendapatkan perawatan berkaitan HIV yang terbaik.
Rakan Projek
